Program Literasi Digital (Ict & Kempen Internet Selamat) Sma Dato Hj Mustapha

10 Disember 2025 | Aktiviti Terkini

9 Disember 2025 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3, telah mengikuti Program Literasi Digital (ICT & Kempen Internet Selamat) SMA Dato Hj Mustapha. Program ini berlangsung dari jam 8.30 pagi – 2.00 petang dan disertai oleh seramai 170 orang murid.

Program ini memberi tumpuan kepada penerangan tentang Kempen Internet Selamat dengan pendekatan yang lebih interaktif dan menyeronokkan. Aktiviti yang dilaksanakan dalam bentuk explore race telah bagi menarik minat serta meningkatkan penglibatan pelajar sepanjang program. Setiap kumpulan perlu melalui beberapa stesen yang menguji pengetahuan, kreativiti dan kemahiran berfikir mereka berkaitan keselamatan dalam talian.

Antara tugasan utama termasuk menghasilkan video pendek bertema Kempen Internet Selamat, di mana pelajar dikehendaki menyampaikan mesej berkaitan penggunaan internet secara berhemah, bahaya buli siber, kepentingan privasi, serta langkah keselamatan digital. Melalui pendekatan ini, pelajar bukan sahaja memperoleh maklumat, malah dapat mempraktikkan pemahaman mereka melalui tugasan secara langsung. Program ini diharap dapat membina kesedaran digital yang lebih kukuh, meningkatkan kemahiran komunikasi, serta memupuk sikap bertanggungjawab ketika menggunakan internet dalam kehidupan harian.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.
⭐ Internet Selamat, Tanggungjawab Bersama ⭐

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali