NADI - ESUKAN : Potensi Laluan Kerjaya E-sukan

10 Disember 2025 | Aktiviti Terkini

9 Disember 2025 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3, telah mengadakan kelas kesedaran Sains Sukan : Potensi Laluan Kerjaya E-sukan. Seramai 2 orang peserta terlibat dalam kelas ini.

Industri e-sukan menawarkan pelbagai potensi kerjaya yang luas merangkumi pemain profesional, jurulatih, penganalisis, caster, pengurus pasukan, penganjur acara, pereka grafik dan pencipta kandungan. Objektif penerokaan kerjaya e-sukan adalah untuk membantu individu mengenal pasti peluang pekerjaan yang wujud, memahami peranan dan tanggungjawab setiap kerjaya, serta membangunkan kemahiran teknikal dan insaniah yang diperlukan dalam industri. Selain itu, ia bertujuan meningkatkan kesedaran tentang potensi pendapatan, laluan pendidikan berkaitan e-sukan dan ekosistem industri yang melibatkan organisasi, penaja serta komuniti. Kesemuanya memberi gambaran bahawa e-sukan bukan sekadar permainan, tetapi sebuah industri profesional yang berkembang pesat di peringkat global.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali