NADI – Awareness: Kempen Internet Selamat & KITA
23 Disember 2025 | Aktiviti Terkini22 Disember 2025 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3, telah mengadakan Program Sempena Cuti Sekolah @NADI: Kempen Internet Selamat & KITA. Kelas ini bermula pada jam 3.00 petang – 4.00 petang. Seramai 3 orang peserta terlibat dalam kelas ini.
Program Sempena Cuti Sekolah Kempen Internet Selamat membantu pelajar memahami istilah-istilah berbahaya di internet seperti phishing, scam, malware dan buli siber. Melalui aktiviti interaktif seperti teka silang kata dan kuiz ringkas, pelajar dapat mengenal pasti ancaman digital dengan lebih mudah, sambil belajar cara melindungi diri ketika berada dalam talian.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: