NADI – Nurture (eKelas) : Pelajar Kreatif Bersama AI
23 Disember 2025 | Aktiviti Terkini22 Disember 2025 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3, telah mengadakan Program Sempena Cuti Sekolah @NADI: Topik Keusahawanan. Kelas ini bermula pada jam 11.00 pagi – 12.00 tengahari. Seramai 2 orang peserta terlibat dalam kelas ini.
Program Sempena Cuti Sekolah ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang penggunaan teknologi dan kecerdasan buatan melalui aktiviti kreatif seperti reka grafik, penulisan digital dan idea inovasi. Pelajar turut belajar cara memanfaatkan AI untuk kegunaan asas perniagaan kanak-kanak seperti menghasilkan logo, poster jualan, mengira kos dan merancang produk. Program ini membina kreativiti, kemahiran digital serta keyakinan menggunakan teknologi dengan selamat dan bertanggungjawab.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: