NADI – TINY TECHIES: Bengkel Mahir Iot Inovasi Sesi 4 (Sekolah Menengah) & Bengkel Sumo Robot Sesi 4 (Sekolah Rendah)

9 November 2025 | Aktiviti Terkini

8 & 9 November 2025 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3, telah mengadakan kelas NADI – Tiny Techies: Bengkel Mahir IoT Inovasi Sesi 4 & Bengkel Sumo Robot Sesi 4. Kelas ini bermula pada jam 11.30 pagi – 12.30 tengahari bagi sesi sekolah menengah dan pada jam 4.00 petang – 5.00 petang bagi sesi sekolah rendah. Seramai 2 orang peserta sekolah menengah dan 2 orang peserta sekolah rendah yang terlibat dalam kelas ini.

Pemasangan robot Sumo dalam program Tiny Techies dimulakan dengan menyambungkan komponen asas seperti motor ke casis utama robot. Seterusnya, pasang tayar pada motor dan lekatkan papan kawalan (micro:bit atau pengawal lain) pada badan robot. Kemudian, sambungkan wayar sensor (pengesan garisan dan pengesan lawan) kepada papan kawalan. Modul Robotik pula memberi peluang kepada pelajar memahami cara robot bergerak dan memprogramkannya mengikut arahan. Seterusnya, pelajar diperkenalkan kepada Python, iaitu bahasa pengaturcaraan mudah yang digunakan untuk membuat aplikasi dan permainan. Dalam modul HTML, pelajar diajar menulis kod asas untuk membina laman web sendiri, manakala modul SQL memperkenalkan cara menyimpan dan menguruskan maklumat dalam pangkalan data. Akhir sekali, bina dan pasang bilah pendorong (scoop) di hadapan robot sebelum memuat naik atur cara yang telah disediakan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali