NADI - CYBERSECURITY: Cara Kenal Pasti Fail Berbentuk Virus
12 Februari 2026 | Aktiviti Terkini12 Februari 2026 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3, peserta telah mengikuti kelas dalam talian NADI - CYBERSECURITY: Cara Kenal Pasti Fail Berbentuk Virus. Kelas ini bermula pada jam 3.30 petang dan di sampaikan oleh Cik Maisarah. Seramai 3 orang peserta terlibat dalam kelas ini.
Fail yang mengandungi virus biasanya akan dihantar melalui e-mel atau pautan daripada pengirim yang kita tidak kenal. Nama fail kadang-kadang nampak pelik atau terlalu menarik perhatian, contohnya menggunakan sambungan seperti .exe, .bat atau .vbs. Komputer juga boleh jadi perlahan atau muncul mesej pelik selepas dibuka. Pada tahun 2000, virus “I Love You” tersebar melalui e-mel bertajuk romantik dan ramai yang membukanya kerana menyangka mesej biasa, sedangkan ia merosakkan fail dan menyebarkan diri kepada kenalan lain. Sebab itu, sentiasa semak dan berhati-hati sebelum membuka sebarang lampiran.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: