NADI – MAHIR: Mahir Masak & Mahir Foto Minggu 5
9-13 Februari 2026 | Aktiviti Terkini9 - 13 Februari 2026 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3, peserta telah mengikuti kelas atas talian NADI – MAHIR: Mahir Masak & Mahir Foto Minggu 5. Seramai 4 orang peserta mahir masak dan 1 orang peserta mahir foto telah mengikuti kelas atas talian ini. Kelas ini bermula dari jam 3.00 petang sehingga 4.30 petang.
NADI – MAHIR: Mahir Masak Modul 5 – Modul Penyediaan Tapak dan Sos Pizza memberi peluang kepada peserta memasak dan membuat tapak serta sos pizza bersama guru secara atas talian. Peserta dibimbing langkah demi langkah dalam suasana interaktif, mudah difahami dan menyeronokkan, sekali gus membantu meningkatkan kemahiran memasak serta keyakinan diri walaupun belajar dari rumah.
NADI – MAHIR: Mahir Foto Modul 5 – Tips Smartphone, Element & Perspektif Dalam Fotografi, Teknik Composition, Jenis-jenis Fotografi. Mobilgrafi Adalah sejenis fotografi menggunakan smartphone memerlukan pencahayaan baik, komposisi seimbang dan perspektif sesuai. Elemen seperti garisan dan warna penting. Teknik rule of thirds membantu hasil menarik. Jenis fotografi termasuk potret, landskap, street dan produk.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: