Bazar Raya Nadi 2026
15 Mac 2026 | Aktiviti Terkini14 Mac 2026 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3, telah mengadakan Bazar Raya NADI 2026.
Bazar Raya NADI 2026 diadakan bagi memeriahkan suasana Aidilfitri dengan pelbagai jualan usahawan Felda Pasoh 3 yang menawarkan pelbagai kelengkapan raya seperti jualan kuih raya, aneka kerepek, aneka sambal, baju raya preloved, kerongsang raya dan lain-lain. Selain aktiviti jual beli, pengunjung boleh menyertai pelbagai acara menarik seperti pertandingan mewarna sampul raya dan buat kad raya menggunakan Canva.
Selain itu, aktiviti anyaman ketupat reben turut diadakan bagi mengasah kreativiti, manakala slot Glamour Raya memberi peluang kepada pengunjung menonjolkan gaya lebaran mereka terutama kepada kanak-kanak. Tidak dilupakan, Taklimat Kempen Internet Selamat turut disampaikan bagi mendidik komuniti tentang keselamatan siber dan pencegahan buli digital. Program ini bukan sekadar pusat membeli-belah, malah menjadi wadah ilmu dan pemerkasaan komuniti yang bermakna.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: