NADI – KEMPEN INTERNET SELAMAT: Perkongsian Kandungan Secara Beretika
3 September 2026 | Aktiviti Terkini2 September 2026 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3, peserta telah mengikuti kelas atas talian NADI – KEMPEN INTERNET SELAMAT: Perkongsian Kandungan Secara Beretika. Seramai 3 orang peserta terdiri daripada sekolah rendah dan sekolah menengah telah mengikuti kelas ini di NADI Felda Pasoh 3.
Perkongsian Kandungan Secara Beretika ialah amalan menggunakan internet dengan bijak dan bertanggungjawab. Peserta diberi pendedahan tentang kepentingan berfikir sebelum memuat naik, berkongsi atau menghantar sesuatu kandungan di media sosial. Elakkan menyebarkan maklumat palsu, kandungan yang boleh memalukan atau menyakiti orang lain serta maklumat peribadi.
Peserta juga digalakkan menghormati privasi dan hak orang lain serta mendapatkan kebenaran sebelum berkongsi gambar atau kandungan yang melibatkan orang lain. Dengan mengamalkan perkongsian secara beretika, kita dapat mewujudkan persekitaran internet yang lebih selamat, positif dan bertanggungjawab.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: