NADI – MAHIR: Mahir Masak & Mahir Foto Minggu 7
23-27 Februari 2026 | Aktiviti Terkini23 - 27 Februari 2026 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3, peserta telah mengikuti kelas atas talian NADI – MAHIR: Mahir Masak & Mahir Foto Minggu 7. Seramai 4 orang peserta mahir masak dan 1 orang peserta mahir foto telah mengikuti kelas atas talian ini. Kelas ini bermula dari jam 3.00 petang sehingga 4.30 petang.
NADI – MAHIR: Mahir Masak Modul 7 – Modul Penyedian Pizza dan topping memberi peluang kepada peserta memasak dan membuat pizza bersama guru secara atas talian. Peserta dibimbing langkah demi langkah dalam suasana interaktif, mudah difahami dan menyeronokkan, sekali gus membantu meningkatkan kemahiran memasak serta keyakinan diri walaupun belajar dari rumah.
NADI – MAHIR: Mahir Foto Modul 7 – Basic Fotografi Lighting, Outdoor Natural Light (Side Light, Back Light, Silhouetting, Front Light Etc). Basic fotografi lighting merujuk kepada penggunaan cahaya untuk menghasilkan gambar lebih jelas dan menarik. Dalam outdoor natural light, front light memberi pencahayaan sekata pada subjek. Side light menonjolkan tekstur dan bentuk. Back light menghasilkan efek dramatik. Silhouetting berlaku apabila subjek gelap dengan latar terang. Pemilihan sudut cahaya membantu meningkatkan mood gambar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: