Kunjungan Hormat Yang Berhormat Menteri Belia Dan Sukan Ke Nadi Felda Pasoh 3

26 Julai 2026 | Aktiviti Terkini

25 Julai 2026 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3, Jempol. NADI Felda Pasoh 3 berbesar hati menerima kunjungan Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan, Dr. Mohammed Taufiq Johari, sempena Program Jelajah Rakan Muda Negeri Sembilan 2026 Pasoh 3 @ Sungai Lui yang berlangsung di Perkarangan NADI Felda Pasoh 3.

Kunjungan ini merupakan satu penghormatan kepada NADI Felda Pasoh 3 serta mencerminkan komitmen kerajaan dalam mendekati masyarakat, khususnya golongan belia, melalui pelbagai program pembangunan komuniti dan pemerkasaan belia. Semoga kunjungan ini dapat mengeratkan hubungan antara agensi kerajaan dan komuniti setempat serta menjadi pemangkin kepada pelaksanaan lebih banyak program yang memberi manfaat kepada masyarakat, khususnya penduduk di sekitar Felda Pasoh 3.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali