NADI – AWARENESS: Pertandingan Poster Kempen Internet Selamat

4 Jun 2026 | Aktiviti Terkini

3 Jun 2026 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3, peserta telah mengikuti kelas dalam talian NADI – AWARENESS: Pertandingan Poster Kempen Internet Selamat. Seramai 2 orang peserta terlibat dalam menyertai pertandingan ini.

Pertandingan Poster Kempen Internet Selamat memberi peluang kepada pelajar menghasilkan poster kreatif menggunakan aplikasi Canva bagi meningkatkan kesedaran tentang keselamatan digital. Melalui pertandingan ini, pelajar menyampaikan mesej berkaitan isu seperti buli siber, penipuan dalam talian (scam), perlindungan maklumat peribadi dan penggunaan internet secara berhemah. Selain mengasah kreativiti dan kemahiran reka bentuk digital, aktiviti ini turut membantu pelajar memahami risiko dunia siber serta langkah-langkah untuk melindungi diri ketika berada dalam talian.

Program ini berjaya memupuk budaya penggunaan internet yang selamat, bertanggungjawab dan beretika dalam kalangan pelajar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali