NADI – MAHIR: Mahir Masak & Mahir Foto Minggu 4

2 - 6 Februari 2026 | Aktiviti Terkini

2 - 6 Februari  2026 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3, peserta telah mengikuti kelas atas talian NADI – MAHIR: Mahir Masak & Mahir Foto Minggu 4. Seramai 4 orang peserta mahir masak dan 1 orang peserta mahir foto telah mengikuti kelas atas talian ini. Kelas ini bermula dari jam 3.00 petang sehingga 4.30 petang.

NADI – MAHIR: Mahir Masak Modul 4 – Modul Soft Cookies memberi peluang kepada peserta memasak dan membuat biskut bersama guru secara atas talian. Peserta dibimbing langkah demi langkah dalam suasana interaktif, mudah difahami dan menyeronokkan, sekali gus membantu meningkatkan kemahiran memasak serta keyakinan diri walaupun belajar dari rumah.

NADI – MAHIR: Mahir Foto Modul 4 – Mobilegrafi - pengenalan lens, jenis2 lens & mengenali setting smartphone anda (exposure, aperture, iso & white balance). Mobilegrafi ialah seni fotografi menggunakan telefon pintar. Ia merangkumi pengenalan lensa, jenis-jenis lensa seperti wide, macro dan telefoto, serta pemahaman tetapan telefon pintar seperti exposure, aperture, ISO dan white balance untuk menghasilkan gambar yang lebih jelas, seimbang dan berkualiti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali