NADI – ESUKAN: Peraturan, Penalti & Fair Play dalam Mobile Legends: Bang Bang
8 Mac 2026 | Aktiviti Terkini7 Mac 2026 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3, peserta telah mengikuti kelas kesedaran: NADI – ESUKAN: Peraturan, Penalti & Fair Play dalam Mobile Legends: Bang Bang. Seramai 3 orang peserta telah mengikuti seminar atas talian ini. Kelas ini bermula selama 45 minit.
Kelas Kesedaran E-Sukan – Peraturan, Penalti & Fair Play dalam Mobile Legends: Bang Bang memberi penerangan kepada peserta mengenai peraturan asas permainan, jenis kesalahan yang sering dilakukan, serta penalti yang boleh dikenakan dalam pertandingan. Peserta juga didedahkan dengan konsep fair play, semangat kesukanan dan cara bermain secara sihat. Program ini bertujuan membentuk pemain yang berdisiplin, beretika serta bertanggungjawab ketika bermain e-sukan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: