NADI – MAHIR: Mahir Forum Intake 3 Bersama Komuniti (Zon Selatan & Tengah)
9 Januari 2026 | Aktiviti Terkini08 Januari 2026 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3, peserta telah mengikuti seminar atas talian NADI – MAHIR: Mahir Forum Intake 3 Bersama Komuniti (Zon Selatan & Tengah). Seramai 2 orang peserta telah mengikuti seminar atas talian ini. Forum ini bermula dari jam 3.00 petang sehingga 4.30 petang.
NADI – MAHIR: Mahir Forum Intake 3 Bersama Komuniti (Zon Selatan & Tengah) ialah program pembangunan kemahiran komuniti yang menyediakan 5 modul MAHIR iaitu Mahir Masak, Mahir Foto, Mahir Baiki Gajet, Mahir Jahit dan Mahir Pertanian. Program ini dilaksanakan dalam tempoh 6 bulan, merangkumi latihan teori dan amali bagi meningkatkan kemahiran praktikal, menjana pendapatan serta memperkasa komuniti setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: